Paparkan system info dengan Conky
Conky merupakan sebuah program kecil yang dapat memaparkan maklumat sistem Ubuntu anda seperti kernel version, space hard disk, memory usage dan sebagainya di atas desktop. Kelebihan Conky adalah, selain ia dapat memaparkan system info Ubuntu kita, kita juga dapat mengubah suai paparan Conky ini mengikut cita rasa kita sendiri. Pelbagai settings dan variables yang boleh anda gunakan. Sekiranya anda mahu, anda juga boleh merekabentuk paparan Conky anda sendiri.
Image di bawah merupakan contoh Conky yang saya gunakan di Ubuntu saya.
conky.gif
Untuk menggunakan Conky, anda perlu menginstallnya terlebih dahulu. Buka Terminal dan runkan command di bawah ini.
sudo apt-get install conky
Biarkan Ubuntu mendownload file-file yang diperlukan dan ia akan install Conky ke dalam Ubuntu anda. Setelah itu, anda boleh menggunakan sample Conky config file untuk mencuba Conky anda. Di Terminal, runkan command ini.
zcat /usr/share/doc/conky/examples/conkyrc.sample.gz > ~/.conkyrc
Ianya akan extract file conkyrc ke Home Folder (/home/username/) anda. Untuk run Conky, anda tekan Alt+F2 dan taipkan “conky” (tanpa quote), kemudian Run.
Sekiranya anda ingin menggunakan interface yang lain, anda boleh dapatkan ia di Gnome Look. Search perkataan Conky dan anda akan dapat pelbagai config file yang boleh anda download.
Sebagai contoh, config file yang saya gunakan adalah didownload dari page ini. Dan sudah semestinya saya sudah edit file config tersebut mengikut kehendak saya. ;) Setelah anda download, extract file conkyrc ke /home/username/ dan renamekan ia supaya menjadi begini .conkyrc (/home/username/.conkyrc).
Sekiranya anda ingin mengubahsuai file config tersebut, pergi ke Home Folder (/home/username) anda, dan buka file .conkyrc menggunakan Text Editor. Perlu diingatkan bahawa file .conkyrc itu file hidden. Oleh itu, pastikan anda enable Show Hidden Files (Ctrl+H) terlebih dahulu. Kemudian, ubahlah file config tersebut mengikut kesukaan anda.
Untuk mengubah file config tersebut, anda boleh rujuk page Conky config settings dan page Conky variables
0 komentar:
Posting Komentar