Berita terbaru

Jenis-jenis Kambing 2

KENALI BOER
Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’.

Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di st="on"Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (st="on"South Africa).


Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehaziran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.

Boer adalah binatang yang kuKAMBING BOEEat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek , tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik. Nota: Ciri-ciri Boer Standard boleh diperolehi dari : http://www.embryoplus.com/other_boergoat_standards.html

Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya. Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia (selain Peranakan Ettawah/PE) dan banyak negara di dunia. Akhir-akhir ini baka Boer dan Boer Kacukan semakin sukar diperolehi.

Ringkasan Ciri-ciri Boer

* Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika
* Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu
* Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah
* Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher
* Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.

KAMBING KATJANG



KENALI KAMBING KATJANG
Kambing Kacang yang dipercayai berasal dari Malaysia dan st="on"Indonesia.
  Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Kacang amat tahan lasak Mengikut kajian Jabatan       Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Kacang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia.

Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar.
Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih dikaki atau badan.Purata ketinggian 55-60 cm. Kadar kelahiran kembar adalah baik dan pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan). Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina).


KAMBING JAMNAPARI



KENALI JAMNAPARI
Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di st="on"Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, st="on"Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena diMadhyaPradesh.

Walau bagaimanapun dipercayai baka Jamnapari berdarah tulin (fullblood) *****a terdapat di 80 buah kampung di pinggiran Batpura dan Chakar Nagar di daerah Etawa. Jamnapari tulin (Fullblood) sudah menuju kepupusan dimana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulin terdapat kurang 5000 ekor di India dan kebanyakannya terdapat di kawasan Chakar Nagar (antara lurah Jamna dan Chambal).

Jamnapari bersaiz besar. Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan. Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya. Mulut nya berbentuk ‘parrotmouth’ . Telinganya amat panjang (26.79cm) , berlipat dan jatuh kebawah. Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama. Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.

PE atau Peranakan Ettawah merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/penternak di st="on"Malaysia . Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawahdan kambing Kacang.

Jamnapari mula di impot ke Indonesia dari daerah st="on"Etawa, India sejak 1953. Tetapi dipercayai sejarah Jamnapari di Indonesia jauh lebih awal iaitu sejak zaman Belanda lagi, dipercayai sekitar 1931. Pada dasar nya istilah Peranakan Ettawah Tulin atau PE Tulin seperti yang lazim dikatakan oleh ramai pengusaha/penternak adalah tidak tepat kerana PE tidak pernah di daftarkan sebagai satu baka (breed). Pengusaha di Indonesia mengredkan PE hanya mengikut pandangan mata dan menjadikan ciri-ciri Jamnapari Tulin sebagai asas – diantaranya ciri muka, hidung, mulut, ‘feathers’, warna bulu , saiz , dll.

Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3 liter susu sehari. PE juga dikacukkan dengan baka-baka tempatan seperti Kacang dan Kambing Jawa dan di namakan Kaplo (Kaploh), Kaprindo, Bligon, Jawa Rando (Jawa Randu / Jawarandu) dll. yang merupakan baka kacukan yang amat sesuai untuk pembiakan kambing pedaging . Saiz nya lebih kecil dari PE tetapi lebih lasak dan mudah diternak. Pada masa ini Indonesia mempunyai 12 - 13 juta ekor populasi kambing (PE, Kacang, Kambing Jawa, Jawarandu, Kaplo, Bligon, Kaprindo, Kambing Marica (Sulawesi), Kambing gembrong (Bali) dan Kacukan Saanen, British Alpine dan Anglo Nubian) dan 3 - 4 juta ekor bebiri/domba (Domba Garut/Domba Periangan, Domba Asli Indonesia/Kampung , Domba Ekor Gemuk serta Domba Merino, Suffolk, Dorset dan Barbados Blackbelly )- Maklumat berdasarkan perbincangan penulis dengan Balai Penelitian Ternak , Bogor.

Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat tahun 2000 , dianggarkan st="on"Indonesia mempunyai populasi kambing berjumlah 15,209,720 juta ekor keseluruhannya. 60% dari populasi tersebut terdapat di Pulau Jawa atau 8,783,890 ekor. Diluar Jawa, wilayah yang mempunyai populasi kambing yang tinggi adalah ; Sumatera Utara ( 924,780 ekor), Lampung (747,806 ekor), Aceh ( 681,823 ekor), Sulawesi Selatan (522,267 ekor), dan Sumatera Selatan (493,057 ekor).

PE banyak terdapat di Kaligesing, Purworejo (Jateng), Girimulyo, Kulonprogo dan Turi, Sleman (Yogyakarta). Kambing PE juga telah berkembang di Jawa Barat, Jawa Timur, Lampung, Bali dan Tegal, Jawa Tengah.


KAMBING SAANEN



KENALI KAMBING SAANEN (TENUSU)
Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature).

Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.

Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.


KAMBING TOGGENBURG



KENALI TOGGENBURG
Toggenburg juga berasal dari st="on"Switzerland dan dipercayai baka kambing tenusu yang tertua diketahui. Ia dipercayai baka tenusu yang paling kecil (didalam kelasnya) tetapi padat. Namanya mengambil nama lembah Toggenburg di daerah st="on"Obertoggenburg, Switzerland.
Kambing susu yang amat popular selepas Saanen terutama di Amerika Syarikat. Togs merupakan ternakan yang robust, aktif dan sentiasa bertenaga. Warnanya dari coklat kekuningan (light fawn) ke coklat gelap. Terdapat jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul (rump) dan ekor. Ketinggian yang ideal ialah 79 sm untuk Doe dan 90 sm untuk Buck. Ciri-ciri lain seperti berat lahir dan pengeluaran susu begitu menghampiri Saanen. Purata butterfat susu 3.7%.


KAMBING BRITISH ALPINE



KENALI KAMBING BRITISH ALPINE
Baka British Alpine dikembangkan di Great Britian pada awal 1900an. British Alpine merupakan binatang yang berbadan tinggi, ranggi dan berpenampilan anggun.. Telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan. Belakang lurus dengan sedikit tinggi dibahagian pinggul. Kakinya kuat dan lurus. Pengeluar susu yang baik , amat sesuai dinegara beriklim sejuk dan tidak sesuai dipersekitaran yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi. British Alpine berwarna hitam dengan jalur putih dimuka. Bulunya pendek, halus dan berkilat. Kambing jantan selalunya mempunyai bulu yang lebih panjang.Tinggi yang ideal adalah 83 sm untuk Doe dan 95 sm untuk Buck.


KAMBING ANGLO NUBIAN



KENALI ANGLO NUBIAN
Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.
Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.



1 komentar:

Paguyupan Bontel Etawa ponorogo mengatakan...

q suka anda!!!!! kambing!!

Posting Komentar